Designed by:
JAPPAR BIN HAJI ONGSANG
Co-Curricular Education Department
Ministry of Education
Brunei Darussalam
Keempat-empat bentuk bulatan ini menjelaskan cawangan Jabatan Pendidikan Kokurikulum yang bergabung dalam satu Bulatan besar (Warna Biru) sebagai pusat pentadbiran JPKK Dalam pengendalian PESTA SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KALI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KALI PERTAMA 2008.
BIRU – Daerah Brunei dan Muara
HIJAU – Daerah Belait
KUNING – Daerah Tutong
MERAH – Daerah Temburong
Jalur Bendera Negara Brunei Darussalam yang dibentuk menyerupai trek/laluan perlumbaan merupakan kesetiaan kepada negara dan impian menjadi atlet negara yang perlu didokong dan dihormati serta perlu disemaikan kepada semua peserta yang mengambil bahagian sebagai suatu kebanggaan para pelajar sekolah dan rakyat Negara Brunei Darussalam.
=====================================
Bentuk jejari sebanyak SEMBILAN (9) ini melambangkan 9 kawasan sekolah-sekolah rendah kerajaan dan swasta seluruh negara yang ikut serta dalam Pesta Sukan kali pertama. Juga melambangkan jalinan penyatuan dan perpaduan yang kuat di antara satu dengan lain. Dalam waktu yang sama berdaya-upaya menciptakan kecemerlangan dan sebagai eset dalam menyediakan peserta sukan yang berkebolehan ke sukan serantau dan antarabangsa.
TUJUH (7) jalur berbentuk trek perlumbaan melingkungi keseluruhan di dalamnya bererti 7 acara sukan yang akan dipertandingkan dalam Pesta Sukan.
==================================
Grafik acara sukan bagi Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Kali Pertama Tahun 2008
===================================
No comments:
Post a Comment