Wednesday, August 13, 2008

SIDANG MEDIA (PRESS RELEASE)

PESTA SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KALI PERTAMA
TAHUN 2008



Untuk mengujudkan warga Negara yang maju, sihat, cergas dan berdaya saing, para pelajar yang dilahirkan oleh system pendidikan sesebuah negara bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik tetapi mereka juga perlu terlibat dan berkecimpung dalam kegiatan bidang kokurikulum terutama sukan dan olahraga. Ini selaras dengan Misi Kementerian Pendidikan yang ‘Menyediakan pendidikan yang menyeluruh untuk mencapai potensi yang maksium untuk semua’. Telah diperakui bahawa otak yang cergas adalah terletak pada badan yang sihat.

Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum pada tahun ini telah menganjurkan Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Randah kali pertama, yang melibatkan hampir 3 ribu atlit pelajar dari 125 buah sekolah rendah seluruh Negara yang terlibat bertanding dalam 7 acara sukan, iaitu Bola Sepak, Futsal, Bola Jaring, Sepak Takraw, Badminton, Olaraga dan Mini Marathon yang akan dilangsungkan selama 7 hari, di Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Stadium Negara Hasanal Bolkiah Berakas, Kompleks Sukan Sungai Kebun Jabatan Belia dan Sukan, dan Kompleks Sukan JKR.

Pihak Kementerian Pendidikan berharap dengan bantuan semua pihak terutama media, masyarakat dan ibubapa supaya lebih ramai para pelajar akan terlibat dengan sukan dan olahraga sebagai salah satu kegiatan yang sihat.

Tujuan : -

Bermulanya satu era baru di mana catatan–catatan rekod kejohanan pertandingan dan larian akan direkodkan untuk menjadi rujukan di Jabatan Pendidikan Kokurikulum.

Sebagai projek pembangunan sukan jangka panjang dan berterusan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan diharapkan dapat membantu menyumbangkan pemain / atlet ke peringkat kebangsaan.

Meningkatkan usahasama dan persafahaman dikalangan pegawai–Pegawai di Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan Guru-Guru di Sekolah Rendah, Persatuan–Persatuan Sukan Kebangsaan dalam memajukan dan meningkat-
kan mutu sukan Negara.

Memberi galakan dan dorongan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya para ibubapa mendorong anak-anak mereka bergiat aktif dalam sukan.

Untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas, baik dari segi fizikal, mental mahupun displin.







Jumlah pelajar yang terlibat :-

Athlit : Hampir 3,000 orang
Persembahan Pembukaan dan Penutup : Hampir 2,000 orang
Jemputan Pelajar [ Pembukaan Rasmi] : 3,000 orang.
Jemputan Pelajar [ Penutup Rasmi] : 15,000 orang.





Tetamu Kehormat Majlis Pembukaan Rasmi ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada 18 Ogos, 2008 [Isnin], jam 8.00 pagi. Sebagai Pembukaan tirai bagi Pesta Sukan ini ialah Perlawanan Futsal antara sekolah-sekolah yang berjaya masuk bertanding di peringkat akhir.

Manakala Tetamu Kehormat Majlis Penutup yang akan berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada 24 Ogos 2008 [Ahad] bermula jam 2.00 petang, yang akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, Menteri Pendidikan. Sebelum majlis penutup dilakukan beberapa acara olahraga akan dilangsungkan.

Acara-acara yang akan berlangsung adalah seperti di bawah:

Dalam acara Mini Marathon yang berlangsung seawal jam 7.30 pagi , pada 21 Ogos, 2008 [Khamis]. Dianggarkan seramai seribu empat ratus orang pelajar akan mengambil bahagian. Peserta-peserta adalah terdiri daripada 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan bagi setiap sekolah seluruh negara. Para peserta pelajar lelaki akan berlari sejauh 7 kilomenter dan peserta pelajar perempuan akan berlari sejauh 5 kilometer.


Pemenang keseluruhan mengikut kontinjen [kawasan] yang mengambil bahagian akan dikira berdasarkan kepada kutipan pingat-pingat dari semua acara yang dipertandingkan kecuali bagi acara Mini Marathon.



KONTINJEN-KONTINJEN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN:

1. Kawasan Brunei I
2. Kawasan Brunei IIA
3. Kawasan Brunei IIB
4. Kawasan Brunei III
5. Kawasan Brunei IV
6. Kawasan Tutong I
7. Kawasan Tutong II
8. Kawasan Belait
9. Kawasan Temburong

FORMAT KEJOHANAN:

Kejohanan-kejohanan peringkat kawasan adalah dijalankan terlebih dahulu di setiap kawasan. Johan dan Naib Johan setiap jenis sukan adalah terpilih untuk memasuki dan mewakili kawasan berkenaan untuk bertanding ke peringkat Pesta Sukan kecuali sukan Mini Marathon.




Disediakan:
Bahagian ICT
Jabatan Pendidikan Kokurikulum
Kementerian Pendidikan
Jalan 10, Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Berakas
Negara Brunei Darussalam 07 Ogos 200



No comments: